berguguran

Saturday, 31 March 2012

awak tetap kawan yang pernah kenal

KEPADA SI DIA YANG PERNAH EX-ROMMATE, KEPADA EX KAWAN, KEPADA BOYFIE PUNYA AWEK KAWAN (macam mane tuh lau di pikir2 kan)

andai kau tahu apa yang sebenarnyaaaa
tanya lah pada diri sendiri;;
kenapa kita tak pernah seakrab boyfie2 kita
tapi kita pernah jadi seorang kawan baek




kite tetap kawan yang pernah lebo kenali buat selamanya
aku mendoakan semoga
engkau dikurniakan iman yg sempurna,
akhlak yg terpuji,
pekerti yg mulia,
umur yg bermanafaat,
rezeki yg halal,
ilmu yg berguna,
jodoh yg membahagiakan,
hidup yg dirahmati di dunia dan akhirat

sedarlah kesilapan kamuh..
Hanya ini yang mampu berikn.. Dan seandainya aku sudah tiada lagi 1 hri nanti kenangilah aku dalam doa mu..
Assalamualaikum..

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

SEKADAR INGATAN

Sekadar ingatan..... 



Menangislah sahabat, Kerna air mata adalah bicara yang terindah... Air mata terindah lahir, Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan, Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan, Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai, Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu... Dan bilamana dirimu meraih tangan, Insan bergelar sahabat, Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi, Butiran mutiara yang sangat indah... Bilamana tercipta satu pertemuan, Dan terungkai segala isi hati, Terungkap sebuah jalinan persahabatan, Tapi tibanya saat perpisahan, Detik ini pasti akan terjadi, Titisan hangat pasti akan menemani diri, Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam... Bertemu dan berpisah kerana Allah, Dapat melahirkan rantai-rantai perjuangan, Pergimu menyebarkan wangian jannah, Moga dunia ini akan berbau haruman syurga... Tetapi sedarlah sahabat, Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah, Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu, Itulah air mata yang paling bernilai, Ia dapat menjadi perisai untukmu... Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta, Dambalah cinta dan kasih Yang Satu...

TERSENTUH DENGAN KATA KATA


JIKA SUATU HARI NANTI…
Antara kita sudah pergi
Yang  tingggal jangan menangis
Setiap permulaan pasti ada perhentiannya
Itulah hakikat kehidupan
Jika suatu ketika nanti…
Ada pertemuan antara kita
Dan berlakunya perpisahan
Sekali-kali jangan dikesalkan
Itu sudah suratan…
Jika suatu masa nanti
Kita bertemu, bersalaman tawa dan gembira
Mohonlah kemaafan
Mungkin itu  yang terakhir kali
Kita bersama
Jika satu saat nanti
Segala ramalan benar belaka
Usah disalahkan takdir dan waktu
Itu sudah ketentuan
Dan..
Bila semua itu terjadi dan berlaku
Ikhlas dan redha dalam segala keadaan
Dalam diri..dalam hati…
Kerana kita tidak tahu ada yang tersembunyi
Yang tidak kita ketahui…

SELAMAT BERAMAL

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAAHIIM
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh (Zubair IbnuAwwam As-Sabah) " BIASAKAN DIRI MENEMUI-NYA DALAM TAHAJJUD " (Tausyiah khusus untuk pribadi, dan umum untuk kaum Muslim), Sahabat, Saudara dan saudariku pencinta dan perindu Ilahi Marilah kita semua berusaha membiasakan diri bersholat malam sebagai ibadah tambahan bagi kita semua dan sholat malam adalah merupakan satu ujian tapisan dan penanda aras bagi kita mengetahui sejauh manakah kesungguhan kita menjaga hubungan dengan Allah, Mudah- mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk bisa beribadah pada waktu malam dengan ikhlas dan istiqamah sebagai tanda kecintaan kita kepadaNya sehingga kita ditempatkan di tempat yang terpuji aamiin Firman Allah Azza Wa jalla bermaksud : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.(Al- Israa':79) Saudaraku sekalian Sejarah Islam mencatatkan dan memberi bukti bahwa, pemilihan tentera untuk dihantar ke medan perang turut dinilai oleh Rasulullah sama ada tentera tersebut rajin mendirikan sholat malam atau tidak Subhanallah. Terbentang Permadani dikeindahan malam. Indahnya malam yang membelai kesunyian. Menetes hujan dihati melalui mata bermuara di pipi. Merayu kepada Sang Ilahi untuk kabulkan pinta dihati. Di pertiga malam Engkau terjaga dari sedarmu Dan memilih meninggalkan dekapan malammu Merajut tali- tali kerinduan kepada Sang Ilahi Rabbi Dengan cinta abadi,yang selalu melekat di dalam hati.. Air seluas samudera tidak bisa menghilangkan satu titik dosa Tapi satu tetesan air mata bisa menghapuskan lautan dosa. Saudara dan saudariku Shalat Tahajjud adalah kewajipan yang dikhusus Rasulullah kepada dirinya diriwayatkan Daripada ‘Aisyah r.a beliau berkata: Rasulullah bangun berqiamullail sehingga bengkak- bengkak kakinya.” Aisyah pun bertanya “Kenapa engkau beribadah sebegini ya Rasulullah sedangkan dosa-dosa engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?” Rasulullah bersabda:“Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Saudaraku sekalian barangsiapa menjaga Tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya 9 kemuliaan yakni 5 di dunia & 4 di Akhirat.
1. Allah jauhkan dari bencana.. 2. Tanda kesolehannya memancar di wajahnya. 3. Akan di Cintai hamba Allah yang soleh dan di segani. 4. Bicaranya berhikmah manis dan lemah lembut 5. Mudah faham tentang Agama Allah 1. Dibangkitkan dengan wajah penuh cahaya. 2. Memudahkan dirinya di saat hisab.(perhitungan) 3. Menyeberangi titian sirat bagai kilat yang menyambar. 4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan. Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah sebelum kita akhiri artikel ini mari kita renungkan hadits dibawah ini Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang-orang yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa-dosa dan menegah diri dari maksiat.” (HR. Hakim)



MEMO:

SELAMAT UNTUK YANG BERIBADAH MALAM/ TAHAJUD SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA AAMIIN »»>SEMOGA BERMANFAAT, WASSALAM ......

SAYA SUKA BERSEDEKAH


cewah title kemain lagi an show off, sebenarnyaaa lebo suka bersedekah dengan senyuman.. tak kira lah mak cik tepi jalan ker makcik cafe kerrrr pakcik atau abang kerrr lebo tetap nak senyum jugak..hahhaha...bia lah orang nak cakap mengatal ker apa ker ada lebo kisahh!!!! kau aderrr sifat macam tu..tak da kan...yang penting jangan lah suka narrow minded tau pon stereotyping pada pandangan pertama...lagi lagi biler orang comment kt status anda...mesti nak pikir orang tu ada niat laen...tak nak lah macam tu...dah macam orang lahir tak cukup bulan dan bila penat mata akan juling... tolong lah berfikiran terbuka sikit..jangan nak sempit sangat

tapi senyum senyum jugak, lebo ada pengalaman yang kena marah biler senyumm...aduh senyum pun tak boleh lau tak senyum pon tak boleh..itu lah manusia tak pernah nak puas hati...adushhh!!!... senyum tanda nak tegur nak tunjuk hormat...neh tak kene mara lagi ada lah...."apa senyum senyum dah kenapa" aduhhh dye sound macam tu sekali...orang nak buat baek dengan dyeeee...dalam hati lantak lah kauuuu, lepas neh memang susah lah nk senyum lagi kat kau...bukan nya lelaki tpi kakak tua...andartu apa kakak tu asik nak typo jerrr...anggap lah dye datang bulan..okeh lebo think positive lerrrrrr!!! bahahhaha

APA BENDA NEH !!!


SUKA,SAYANG,CINTA Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk kepunyaanmu sendiri. Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri. Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan kebahagiaanmu. SUKA adalah saat ia menangis, kau akan memujuknya. SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya. CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu. SUKA adalah hal yang menuntut.SAYANG adalah hal memberi dan menerima.CINTA adalah hal yang memberi dengan redha.

STALKERRRR!!!!!!

 

kau memang kan suka sangat stalker orang kan !!! kau lepas stalker orang baru puas hati kan..boleh cerita kat semua orang boleh ada idea nak dibualkan..kau sebenarnyaaa dengki dengan kelebihan orang laen dan tak boleh orang lebih dari kau..



ADAT MANUSIA


Hati manusia mudah benar terusik tetapi amat sukar dinilai Hati manusia mudah benar tersentuh tetapi amat sukar dibentuk Hati manusia mudah benar berubah tetapi amat sukar diramal Maka itu manusia sukar membuat keputusan Maka itu manusia enggan menerima kenyataan Maka itu manusia leka melayan angan-angan Wahai manusia yang mempunyai hati Peliharalah hatimu dengan kepercayaan Bentuklah hatimu dengan amalan Nilailah hatimu dengan akal dan fikiran Walau manusia tidak berupaya menentang takdir Bentuklah masa hadapanmu dengan penuh ketelitian Seni ukiran yang manusia lakarkan di masa sekarang Akan sentiasa terkesan tidak akan pernah padam Semoga apa yang manusia lorekkan tidak akan menimbulkan penyesalan

PENYESALAN SEORANG SUAMI



Kisah Benar – Penyesalan Seorang Suami

Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya….Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……
Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu. Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai… Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…
Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya. Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya…. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.” Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….. Terima kasih ustaz….doakan saya……

MORAL VALUE:

seorang isteri adalah amanah yang ALLAH kurniakan kepada setiap yang bergelar suami..jagalah sebaik2 amanah itu....& sebaik2 wanita adalah isteri dan wanita yang solehah...jgn terlalu mengejar kesempurnaan ..cukuplah dia yang menyempurnakan hidup & agama mu...cerita ni mmg cukup sedih..hanya yg perrnah melaluinya saja yg merasai semua ni...



INI BUKAN AKU









Telah ku fikir sedalamnya

Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang


Jujur dalam perbuatan
Dan jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup berkongsikan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka
Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia..........

SEBERNILAI MUTIARA


PERSAHABATAN YANG SEJATI AKAN MEMBAWA KEPADA KERINDUAN YANG ABADI
SESUNGGUHNYA PERSAHABATAN ITU LEBIH UNGGUL DARIPADA PERCINTAAN
TANPA PERSAHABATAN PERCINTAAN AKAN BERAKHIR........
TETAPI TANPA PERCINTAAN, PERSAHABATAN BOLEH KEKAL
OLEH ITU HARGAI PERSAHABATAN LEBIH BAEK DARIPADA PERCINTAAN

JIKA DIRASAKAN MUTIARA ITU BERNILAI, BERNILAI LAGI SEBUAH PERSAHABATAN







MORAL VALUE:


LEBO SAYANG PADA SAHABAT
PERSAHABAT YANG TERJALIN AKAN DIJAGA SELAYAKNYAAA
JIKA NAK SAHABAT YANG BAEK KITA PERLU JADI SAHABAT YANG BAEK
KITA NAK SAHABAT YANG TAK BUAT PALAT, KITA SENDIRI JANGAN BUAT PALAT DENGAN SAHABAT
SAHABAT YANG AKAN SEMBAHYANGKAN KITA DAN AKAN MEMANDIKAN KITA KELAK DAN BUKANNYA SEORANG KEKASIH MAHUPUN SEORANG SUAMI







Thursday, 29 March 2012

DETAIL DIRI IKUT BULAN KELAHIRAN


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.

APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


                                        YES!!! LEBO BULAN OGOS, 1ST, 1991

Manusia

manusia??..hurm..kalau tanya sesiapa pun..semua mesti jawab manusia takkan lari dari perasaan CINTA tu..sebab cinta membuatkan seseorang tu seolah olah sempurna macam dunia nie dia yang punya..tapi mereka kurang faham apa itu CINTA ..perasaan CINTA yang sebenarnya yang patut berputik ialah CINTA kepada ALLAH S.W.T dan KEKASIHNYA..dengan mencintaiNYA sepenuh hati dan perasaan..maka ALLAH akan temukan dengan CINTA yang tepat untuk hambanya..kerana jodoh yang diberikanNYA telah disediakan dengan pelbagai jenis rezeki dan masalah untuk mereka..contoh rezeki itu mungkin anak yang ramai..harta yang kurang ..anak yang kurang rezeki yang banyak..

kerana ALLAH itu maha ADIL dan SAKSAMA :) —

SEORANG SUAMI


  • KaU daTan9 mEmbaWa CinTa daN kEseTiaaN . . . DaN kaU peRgi MeniNggaLkaN Luka Dan KeHancuRan . . . DaN aQ leBih Baik DikEnaL laLu di LupAKAN daRipada Di CinTai LalU dKhiAnaTi
  • SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk aku seperti aku menangis untuk kau, SATU HARI nanti kau akan MERINDUI aku seperti aku merindui kau, SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN aku seperti aku memerlukan kau, SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI aku TAPI aku tak mungkin mencintai lagi ♥
  • saya pernah SETIA, tapi sy DIDUA.. saya pernah PERCAYA, tapi sy DIKHIANATI.. ... saya pernah MENCINTAI, tapi sy DISAKITI.. saya pernah MEMILIKI, tapi akhirnya sy KEHILANGAN.. saya pernah JUJUR, tapi sy DITIPU.. saya pernah BERHARAP, tapi harapan sy itu cuma SIA-SIA.. Jadi...Lebih baik sy menunggu orang yang tepat iaitu "Suami" daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah..

PEPATAH MELAYU


Jom kita gelak sama2 tu pun klau kelakar ler. hehehe


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

grrrrr bahahha