berguguran

Friday, 25 May 2012

CALON ROOMATES



Dear kawan, sahabat, member ataupon teman seperjungan..hopes dapat lah roomates yang sekepale, sehati sejiwa..cewahh! Lau sekepala payah jugak tuh, memang tak menjadi manusia lah nampaknyaa. 

  1.  Dear roomates, please lah jangan kedekot sangat salam bab makanan.  Tak mintak pon makanan awak tapi janganlah nampak sangat menyuruk-yuruk makanan.  Takot sangat orang nak makan dye punya.. Aduh payah lah lau dapat sebilik macam neh..lau makanan orang kau lah yang number satu nak, lau makanan kau..memang tak arhhh...mulut je sibuk nak beli tulah beli neh arhhhh..pastu tak beli beli jugak..aduhaiii memang tak tahan..Makan hati lah nampaknyaaa
  2. Dear roomates, please lah jangan nak mencuri barang orang..Darah je sama warna tapi hati ada je yang hitam..Cukuplah sekali merasa sendiri dapat roomates yang suke panjang tangan..Beb! please lah lau kau nak boleh mintak kot, nak pinjam kerrr, jangan lah sampi nak mencuri bagai. Kita neh pon sebagai teman sebilik..perlu lah ingat, hati-hati jangan percaya sangat kat orang..
  3. Dear roomates, dalam bilik punya cerita janganlah nak diceritakan kat semua orang..Bilik punya cerita sampai dalam bilik jer lah..tak pyah nak share sangat dengan orang laen..tak perlu khipochi sangat.
  4. Dear roomates, please larhh lau ada masalah dengan pakwe jangan sesekali nak TYPO bagai gan budak bilik...itu sungguh membabunkan..masalahnya kau duduk dengan roomates bukannya dengan pakwe...jangan nak lepaskan marah kat budak bilik..
  5. Dear roomates, mulut kau tahu cakap serabut jewrrr kan..dah tahu serabut tuh, tangan tuh bergerak lah jugak kemas bilik..jangan mulut jew bergerak..walaupon bukan kau yang buat..apa salahnyaa kau tolong..kau tak serabut orang laen jugak tak serabutt....Bajet kemas sangat awak tuhhh..please larhhhh
  6. Dear roomates, biler nak berbual tuh tak payah nak sembang lebat sangat...jangan nak kencing sangat..orang laen bercerita jugak..tak lah beria macam kau..tambah menambah lebihhh...gebang kuat..malu kowt! hebat bila berkata-kata jerrrrr
  7. Dear roomates, kalau rase barang tu sayang nak bagi pinjam..jangan bagi...cakap tak je tak boleh..neh tak..hati cakap tak boleh tapi bagi je pinjam..depan muke cakap boleh..belakang pulak bercerita dengan roomates laen..yang geramnyaaa dapat pulak tau apa yang kau cakap..tu yang berbisaa sangatt telingaa mendengarrr...cam hapak jer an dapat roomates macam tuh..depan cakap laen, belakang cakap laennn....pastu berceritaa
  8. Dear roomates, jangan suke sesangat dengki gan roomates sendiri...jangan suke sangat melaga laga kan antara ahli dalam bilik..kau ingat bagus sangat kerrrr...kau rasa hebat ke macam tuh..kesian kau nak perhatian lebih..please lah matang kan sikit diri tuhhh...jangan nak macam orang lahir tak cukup bulan..bila letih jerr, juling mata..
  9. Ha! dear roomates, please lah janganlah jadi roomates yang kedekot ilmu, pentingkan diri sendiri, nak lepaskan diri sorang jeee..lau ada info penting apa salahnyaa share. Jangan sakai sesangat larhhh.. tak habes pon ilmu awak tuh, tak berkurang langsung pon beb!
  10. P/S: Jadi diri sendiri lagi bagus daripada copy paste..Seronok ker jadi lalanggg

Wednesday, 23 May 2012

21052012



Minggu yang menyenangkan hati, menyejukan jiwa raga...har har har ketawa bak si falliey malek gituh..bukan apa minggu neh stright malam jew bekerjaa.  bagus gak an! tak payah nak sibuk serabut melayan karenah manusia.. harap maaf rasenyaaa macam bukan manusia jeww..gelagat macam sekumpulan kera...opass! memang kera pon..dapat kenal macam-macam perangai manusia nehhh. nasib baek semata-mata cari experience before masuk degree semula. lagi pon lau pergi interview nanti dapat lah nak gebang something..adalah benda yang boleh di ceritakannn.  

Berdepan gan manusia memang tak dapat dibayar dengan duit, walaupon ramai member yang pandang serong, yang gelakkan, ada jugak yang memerli merli..mungkin perasaan sendiri kot yang terlebih perasaaan..padahal diorang tak pon cengituhh. kalau nak di ikot kan mentality diorang memang tak keje lah akuh nehhh.. tak berwawasan lahhhh. Yea lah belaja tinggi-tinggi tak kan setakat tuh jeww..urmmm sedih lah jugak annn..sob sob sob!.. selalu sangat narrow minded terhadap orang tak larat jugakkk. its sokeyh lah, apa yang penting kita tahu diri kita sendiri.situasi kita sendiri.. Be proud dengan diri sendiri..hahaahah

Time neh lah kita tahu mana kawan mana lawan. Eh meleret lah pulak ann..hahahah..niat lebo nak ceritakan pengalaman gilerrr kat tempat keje baru nehhhh...hahahha..Weyhh! mula-mula stress lah jugak bila kita yang ada segulung diploma, ada knowledge ada education dipandang macam orang yang ada SPM jerrr...Mula-mula tak sangka jugak dapat tempat kerja part time dekat dengan rumah...Sape nak hantar pergi balik..nak naek buss memang tak arhhhh..atlast dapat jugak dekat gan rumah..boleh lah aboh tolong jempot ambik...cukup bulan bayar gaji kat aboh..hahahha..

Setiap hari ada jee benda yang tak puas hati dengan karenah manusia neh...Macam tak reti nak respect langsung orang laen..memang padan dengan nama keraaa..Selagi bermain dengan manusia stress lah jawapnyaaa..Dulu sibuk sangat bosan dengan kehidupan di pejabat..main komputerrr, systemmm jeww..sekarang nah ambik kauuu! maen gan manusiaaa..kemain best lagi..

Tapi yang penting pengalaman cammane nak handle manusia neh memang penting kot..nanti nak kerja senang..ada pengalaman, so tak da lah nak stress cmneh lagi..hahahah cewahhh! bajet bagus lah annn...

Hope lepas neh dapat kerja malam lagi dari kerja petang..walaupon mengantok tapi tak lah penat macam keje petang..payah jugak lau keje shift macam neh..life kt rumah macam tak da..nak berfoya foya ponnn macammm tak da maseee jerwwww...Lau ponteng conform-conform elaun shift tuhh hilanggg gitujeee...aduhh sape nak bagiii banyak kowt...macam-macam boleh beli..

Okeyh lah uooolsss... next time lah pulak yaaa kita berceritaaa...lau rajin lebo updatess lerrr..walaupon follower tak segempak mana pungggg..tapi hargaiiinyaaa..seronok jugak lau ada yanggg nak follow..BYE

Saturday, 19 May 2012

180512



Minggu shift malam
mood gumbira bagaiii sebab malam kereta tak banyakkkkk
masalah pon tak banyakkkk, serabut pon tak banyakkk
weekend ofcourse lah lagi banyak kenderaaan keluar masukkk
pernah tak korang terfikir yang perompak dengan tiba-tibanyaaa nak datang ke tempat korang bekerjaaa
itu giler namaa nyaaa..suspennn! ingat kan just kene main-main..rupanyaaa betol.
tak duduk diam buntut..resah giler..benda yang kita tak pernah nak expect pon..tiba jerr boleh terjadi dengan kitaaa...

Dalam pukul 1 pagi. Tiba-tiba dapat intercom number flat, kereta waja warna coklet..setiap kali kereta lalu jewww mesti suspen..berdebar-debar pulak...kereta poliss. peronda jangan cerita lahhh kan..bersimpang siur lalu.. Yang menyuruk kat longkang pon ada..menyuruk sebalik pagar pon ada...Yang lebo neh lagi lah gemurrrh jiwaa... Kenapaaa lah time neh lahhh kau nak merompakkk...kenapa lah tak time orang laen..

Suspek perompak masuk dari karak..dijangkaaa lalu ke temerloh..tu yang kene bersiap sedia.takot jugak pertempuran berlaku..nak menyuruk celah mana pulak mokcik neh...mentang-mentang lah kecik annn..diorang pikir senang je nak menyurukkk...sempat lah pulak nak menyuruk lah betol betol belaku...

Dalam sejam pastuh keadaan dah kembali redaaaa...tak serabut dah macam tadi, tak takot dah macam tadi.
Suspek pon dah kene tangkap kt Jabur..naseb tak kat Temerloh..cissss! tapi alhamdulilahhhh! syukurrrr sangat-sangatttt...tembak menembak pulak kt Jabur tuh..tapi suspek ada jugak keluar masuk di Chenor..berapa kilometer jer gan Temerloh.  Cerita selanjutnyaa tak dapat diketahuiiiii lagi..cewahhhh bajet macam dalam drama jerrrr..tapi ini betol betol terjadi...Experience yang orang laen tak akan dapaat..dan ini akan menjadi cerita menarik sayaaa pada masa akan datanggg...kenangan, perasaaan dan suasaaana menjadikan pengalaman lebo bermaknaaa..Selagi bermain dengan duit..selagi tu lah risiko dye tinggi..

Disebabkan terlalu excitedd sangat takot..sampaiii mengantokk gilerr nak shift malam..rase nak maraaa jeww sapa yang datang lambat kerjaaa..oh mentang lah lebo neh orang baru..nak membuli bagaiiii kan..dah banyak kali dah keneeee....lambat kau masuk, lambat lah akuh balikkkkk derrr! apa lagi claim OT arhhh...kau ingat aku nak duduk bertapaa lama lama...ada life sendiri jugakkkkkk...
memang tak arhhh balik lambat balik jugakkk...tension gilerrrrrrrr!


P/s just respect orang laennn..orang laennn akan respect kau jugakkkk...

Kau Tak Sesempurna Jugak




siapalah kita nak judge orang
padahal kita sendiri tak betol jugak
siapalah kita nak bercerita tentang orang
macam lah kita neh lebih bagus,
tengok apa yang kita bercerita tuh memakan diri kita semula
kau membenci orang free hair, tengok kau dah mule mengikot2 umpama
PARASIT..yang tak tahan nyaaa berkawan dengann orang neh, berfesyen pon macam orang neh tuh
jugak. Tudung nak sama, baju kotak kotak nak sama, beg nak sama..kuku pon nak inai yang sama
cewah bila kawan nak yang sama taraf pulak..sayanggg kawan kau tu jugak lah yang tinggal kan kau
terkontang kanting sorang.. Tak pernah ada pendirian kerrr?
bertukar-tukar kawan..tiada yang kekal.
Tak pernah ke! kau rase kenapa orang tak nak kawan dengan kau
Kenapa orang benci kau?
Kenapa orang sering tersingung dengan kata kata kau
Kau tau tak  yang kau tu bersikap BOsssing
Perlu kerrr semua orang dengar cakap kau


siapalah kita nak nak membenci orang
macam lah semua orang suka kita
siapalah kita nak membanding-bandingkan diri
macam lah kita neh perfect sangat
siapalah kita nak bermegah-megah dengan kekayaan family
padahal family kau takda duet jugak disebabkan itu jugak kau
ditipu oleh buayaaa..belagak kayaaa dengan harta mak bapakk yang tak seberapa
nak tujuk tujuk awak tu kaya..kan dah kene! melayan sangat. Terjadi lah tragedi buaya
memakan duit andaaa.


Kau jangan lah bagi lelaki harapan yang mula-mula kau menganggap sebagai sahabat
bila lelaki suke kat kau..mula lah kau mencanang-canang memburuk-burukan dya
terus tak nak bersahabat...yang dulu kau sibuk bermegah-megah kehulur-kehilir dengan lelaki yang
dinamakan sahabat.
Marah di FACEBOK Maki di TWITTER Bercerita di BLOG
sebelom bercerita kita fikir fikir kan lah dulu..tak semua benda boleh kita lepas cakap jerrr...ramai orang disekeliling kita yang memerhati...jangan sampai mereka tersinggung walaupon bukan status tersebut untuk meraka...
Terjadi lah pulak masalah salah paham..berbalas status lah pulak...semata-mata tak puas hati.


siapalah kita nak mengagung-agungkan kecantikan diri
jangan perasaan lebih larhhhh..jelangkung kot! Tak semua orang sempurna beb!
kau pon ada kelemahannyaaaaa..jangan sampai penat terus mata julingggg


p/s: side view from me

BERMUJAHADAH


 

Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA.. 

 

p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita..

Wednesday, 16 May 2012

KATA MAAF


Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik

kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk. 

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.  

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  

Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Monday, 7 May 2012





Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah,
Jika aq jatuh hati, Izinkanlah aq menyentuh hati seseorag, Yangg hatinya bertaut pada MU, Agar aq tidak terjatuh kedalam jurang cinta nafsu... 


Ya Rahman, Jika aq jatuh cinta, Cintakanlah aq pada seseorag, Yang melabuhkan cintanya pada Mu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai MU...  


Ya Rahim, Jika aq merindui seseorang, Rindukanlah aq pada seseorang yg merindu syahid di jalan Mu...


Ya Aziz, Jika aq menikmati cinta hamba Mu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan betapa indahnya beribadat kepada Mu... 


Ya Rabbana, Jika aq bersedih kerna seseorg menjauhiku, Kuatkanlah hati dan keimananku, Agar aq tidak jatuh dr kasih sayang Mu... 


                        Amin Ya Rabbal Alamin...........