Apa Itu Cinta?
Cinta
itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu
penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam
memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis
nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai
kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat
bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai
dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin
hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah
suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa
yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh
cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa
yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan
gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai
orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap
hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana
yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.
Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah
sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang
kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

No comments:
Post a Comment