berguguran

Friday, 25 May 2012

CALON ROOMATES



Dear kawan, sahabat, member ataupon teman seperjungan..hopes dapat lah roomates yang sekepale, sehati sejiwa..cewahh! Lau sekepala payah jugak tuh, memang tak menjadi manusia lah nampaknyaa. 

  1.  Dear roomates, please lah jangan kedekot sangat salam bab makanan.  Tak mintak pon makanan awak tapi janganlah nampak sangat menyuruk-yuruk makanan.  Takot sangat orang nak makan dye punya.. Aduh payah lah lau dapat sebilik macam neh..lau makanan orang kau lah yang number satu nak, lau makanan kau..memang tak arhhh...mulut je sibuk nak beli tulah beli neh arhhhh..pastu tak beli beli jugak..aduhaiii memang tak tahan..Makan hati lah nampaknyaaa
  2. Dear roomates, please lah jangan nak mencuri barang orang..Darah je sama warna tapi hati ada je yang hitam..Cukuplah sekali merasa sendiri dapat roomates yang suke panjang tangan..Beb! please lah lau kau nak boleh mintak kot, nak pinjam kerrr, jangan lah sampi nak mencuri bagai. Kita neh pon sebagai teman sebilik..perlu lah ingat, hati-hati jangan percaya sangat kat orang..
  3. Dear roomates, dalam bilik punya cerita janganlah nak diceritakan kat semua orang..Bilik punya cerita sampai dalam bilik jer lah..tak pyah nak share sangat dengan orang laen..tak perlu khipochi sangat.
  4. Dear roomates, please larhh lau ada masalah dengan pakwe jangan sesekali nak TYPO bagai gan budak bilik...itu sungguh membabunkan..masalahnya kau duduk dengan roomates bukannya dengan pakwe...jangan nak lepaskan marah kat budak bilik..
  5. Dear roomates, mulut kau tahu cakap serabut jewrrr kan..dah tahu serabut tuh, tangan tuh bergerak lah jugak kemas bilik..jangan mulut jew bergerak..walaupon bukan kau yang buat..apa salahnyaa kau tolong..kau tak serabut orang laen jugak tak serabutt....Bajet kemas sangat awak tuhhh..please larhhhh
  6. Dear roomates, biler nak berbual tuh tak payah nak sembang lebat sangat...jangan nak kencing sangat..orang laen bercerita jugak..tak lah beria macam kau..tambah menambah lebihhh...gebang kuat..malu kowt! hebat bila berkata-kata jerrrrr
  7. Dear roomates, kalau rase barang tu sayang nak bagi pinjam..jangan bagi...cakap tak je tak boleh..neh tak..hati cakap tak boleh tapi bagi je pinjam..depan muke cakap boleh..belakang pulak bercerita dengan roomates laen..yang geramnyaaa dapat pulak tau apa yang kau cakap..tu yang berbisaa sangatt telingaa mendengarrr...cam hapak jer an dapat roomates macam tuh..depan cakap laen, belakang cakap laennn....pastu berceritaa
  8. Dear roomates, jangan suke sesangat dengki gan roomates sendiri...jangan suke sangat melaga laga kan antara ahli dalam bilik..kau ingat bagus sangat kerrrr...kau rasa hebat ke macam tuh..kesian kau nak perhatian lebih..please lah matang kan sikit diri tuhhh...jangan nak macam orang lahir tak cukup bulan..bila letih jerr, juling mata..
  9. Ha! dear roomates, please lah janganlah jadi roomates yang kedekot ilmu, pentingkan diri sendiri, nak lepaskan diri sorang jeee..lau ada info penting apa salahnyaa share. Jangan sakai sesangat larhhh.. tak habes pon ilmu awak tuh, tak berkurang langsung pon beb!
  10. P/S: Jadi diri sendiri lagi bagus daripada copy paste..Seronok ker jadi lalanggg

Wednesday, 23 May 2012

21052012



Minggu yang menyenangkan hati, menyejukan jiwa raga...har har har ketawa bak si falliey malek gituh..bukan apa minggu neh stright malam jew bekerjaa.  bagus gak an! tak payah nak sibuk serabut melayan karenah manusia.. harap maaf rasenyaaa macam bukan manusia jeww..gelagat macam sekumpulan kera...opass! memang kera pon..dapat kenal macam-macam perangai manusia nehhh. nasib baek semata-mata cari experience before masuk degree semula. lagi pon lau pergi interview nanti dapat lah nak gebang something..adalah benda yang boleh di ceritakannn.  

Berdepan gan manusia memang tak dapat dibayar dengan duit, walaupon ramai member yang pandang serong, yang gelakkan, ada jugak yang memerli merli..mungkin perasaan sendiri kot yang terlebih perasaaan..padahal diorang tak pon cengituhh. kalau nak di ikot kan mentality diorang memang tak keje lah akuh nehhh.. tak berwawasan lahhhh. Yea lah belaja tinggi-tinggi tak kan setakat tuh jeww..urmmm sedih lah jugak annn..sob sob sob!.. selalu sangat narrow minded terhadap orang tak larat jugakkk. its sokeyh lah, apa yang penting kita tahu diri kita sendiri.situasi kita sendiri.. Be proud dengan diri sendiri..hahaahah

Time neh lah kita tahu mana kawan mana lawan. Eh meleret lah pulak ann..hahahah..niat lebo nak ceritakan pengalaman gilerrr kat tempat keje baru nehhhh...hahahha..Weyhh! mula-mula stress lah jugak bila kita yang ada segulung diploma, ada knowledge ada education dipandang macam orang yang ada SPM jerrr...Mula-mula tak sangka jugak dapat tempat kerja part time dekat dengan rumah...Sape nak hantar pergi balik..nak naek buss memang tak arhhhh..atlast dapat jugak dekat gan rumah..boleh lah aboh tolong jempot ambik...cukup bulan bayar gaji kat aboh..hahahha..

Setiap hari ada jee benda yang tak puas hati dengan karenah manusia neh...Macam tak reti nak respect langsung orang laen..memang padan dengan nama keraaa..Selagi bermain dengan manusia stress lah jawapnyaaa..Dulu sibuk sangat bosan dengan kehidupan di pejabat..main komputerrr, systemmm jeww..sekarang nah ambik kauuu! maen gan manusiaaa..kemain best lagi..

Tapi yang penting pengalaman cammane nak handle manusia neh memang penting kot..nanti nak kerja senang..ada pengalaman, so tak da lah nak stress cmneh lagi..hahahah cewahhh! bajet bagus lah annn...

Hope lepas neh dapat kerja malam lagi dari kerja petang..walaupon mengantok tapi tak lah penat macam keje petang..payah jugak lau keje shift macam neh..life kt rumah macam tak da..nak berfoya foya ponnn macammm tak da maseee jerwwww...Lau ponteng conform-conform elaun shift tuhh hilanggg gitujeee...aduhh sape nak bagiii banyak kowt...macam-macam boleh beli..

Okeyh lah uooolsss... next time lah pulak yaaa kita berceritaaa...lau rajin lebo updatess lerrr..walaupon follower tak segempak mana pungggg..tapi hargaiiinyaaa..seronok jugak lau ada yanggg nak follow..BYE

Saturday, 19 May 2012

180512



Minggu shift malam
mood gumbira bagaiii sebab malam kereta tak banyakkkkk
masalah pon tak banyakkkk, serabut pon tak banyakkk
weekend ofcourse lah lagi banyak kenderaaan keluar masukkk
pernah tak korang terfikir yang perompak dengan tiba-tibanyaaa nak datang ke tempat korang bekerjaaa
itu giler namaa nyaaa..suspennn! ingat kan just kene main-main..rupanyaaa betol.
tak duduk diam buntut..resah giler..benda yang kita tak pernah nak expect pon..tiba jerr boleh terjadi dengan kitaaa...

Dalam pukul 1 pagi. Tiba-tiba dapat intercom number flat, kereta waja warna coklet..setiap kali kereta lalu jewww mesti suspen..berdebar-debar pulak...kereta poliss. peronda jangan cerita lahhh kan..bersimpang siur lalu.. Yang menyuruk kat longkang pon ada..menyuruk sebalik pagar pon ada...Yang lebo neh lagi lah gemurrrh jiwaa... Kenapaaa lah time neh lahhh kau nak merompakkk...kenapa lah tak time orang laen..

Suspek perompak masuk dari karak..dijangkaaa lalu ke temerloh..tu yang kene bersiap sedia.takot jugak pertempuran berlaku..nak menyuruk celah mana pulak mokcik neh...mentang-mentang lah kecik annn..diorang pikir senang je nak menyurukkk...sempat lah pulak nak menyuruk lah betol betol belaku...

Dalam sejam pastuh keadaan dah kembali redaaaa...tak serabut dah macam tadi, tak takot dah macam tadi.
Suspek pon dah kene tangkap kt Jabur..naseb tak kat Temerloh..cissss! tapi alhamdulilahhhh! syukurrrr sangat-sangatttt...tembak menembak pulak kt Jabur tuh..tapi suspek ada jugak keluar masuk di Chenor..berapa kilometer jer gan Temerloh.  Cerita selanjutnyaa tak dapat diketahuiiiii lagi..cewahhhh bajet macam dalam drama jerrrr..tapi ini betol betol terjadi...Experience yang orang laen tak akan dapaat..dan ini akan menjadi cerita menarik sayaaa pada masa akan datanggg...kenangan, perasaaan dan suasaaana menjadikan pengalaman lebo bermaknaaa..Selagi bermain dengan duit..selagi tu lah risiko dye tinggi..

Disebabkan terlalu excitedd sangat takot..sampaiii mengantokk gilerr nak shift malam..rase nak maraaa jeww sapa yang datang lambat kerjaaa..oh mentang lah lebo neh orang baru..nak membuli bagaiiii kan..dah banyak kali dah keneeee....lambat kau masuk, lambat lah akuh balikkkkk derrr! apa lagi claim OT arhhh...kau ingat aku nak duduk bertapaa lama lama...ada life sendiri jugakkkkkk...
memang tak arhhh balik lambat balik jugakkk...tension gilerrrrrrrr!


P/s just respect orang laennn..orang laennn akan respect kau jugakkkk...

Kau Tak Sesempurna Jugak




siapalah kita nak judge orang
padahal kita sendiri tak betol jugak
siapalah kita nak bercerita tentang orang
macam lah kita neh lebih bagus,
tengok apa yang kita bercerita tuh memakan diri kita semula
kau membenci orang free hair, tengok kau dah mule mengikot2 umpama
PARASIT..yang tak tahan nyaaa berkawan dengann orang neh, berfesyen pon macam orang neh tuh
jugak. Tudung nak sama, baju kotak kotak nak sama, beg nak sama..kuku pon nak inai yang sama
cewah bila kawan nak yang sama taraf pulak..sayanggg kawan kau tu jugak lah yang tinggal kan kau
terkontang kanting sorang.. Tak pernah ada pendirian kerrr?
bertukar-tukar kawan..tiada yang kekal.
Tak pernah ke! kau rase kenapa orang tak nak kawan dengan kau
Kenapa orang benci kau?
Kenapa orang sering tersingung dengan kata kata kau
Kau tau tak  yang kau tu bersikap BOsssing
Perlu kerrr semua orang dengar cakap kau


siapalah kita nak nak membenci orang
macam lah semua orang suka kita
siapalah kita nak membanding-bandingkan diri
macam lah kita neh perfect sangat
siapalah kita nak bermegah-megah dengan kekayaan family
padahal family kau takda duet jugak disebabkan itu jugak kau
ditipu oleh buayaaa..belagak kayaaa dengan harta mak bapakk yang tak seberapa
nak tujuk tujuk awak tu kaya..kan dah kene! melayan sangat. Terjadi lah tragedi buaya
memakan duit andaaa.


Kau jangan lah bagi lelaki harapan yang mula-mula kau menganggap sebagai sahabat
bila lelaki suke kat kau..mula lah kau mencanang-canang memburuk-burukan dya
terus tak nak bersahabat...yang dulu kau sibuk bermegah-megah kehulur-kehilir dengan lelaki yang
dinamakan sahabat.
Marah di FACEBOK Maki di TWITTER Bercerita di BLOG
sebelom bercerita kita fikir fikir kan lah dulu..tak semua benda boleh kita lepas cakap jerrr...ramai orang disekeliling kita yang memerhati...jangan sampai mereka tersinggung walaupon bukan status tersebut untuk meraka...
Terjadi lah pulak masalah salah paham..berbalas status lah pulak...semata-mata tak puas hati.


siapalah kita nak mengagung-agungkan kecantikan diri
jangan perasaan lebih larhhhh..jelangkung kot! Tak semua orang sempurna beb!
kau pon ada kelemahannyaaaaa..jangan sampai penat terus mata julingggg


p/s: side view from me

BERMUJAHADAH


 

Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA.. 

 

p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita..

Wednesday, 16 May 2012

KATA MAAF


Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik

kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk. 

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.  

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  

Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Monday, 7 May 2012





Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah,
Jika aq jatuh hati, Izinkanlah aq menyentuh hati seseorag, Yangg hatinya bertaut pada MU, Agar aq tidak terjatuh kedalam jurang cinta nafsu... 


Ya Rahman, Jika aq jatuh cinta, Cintakanlah aq pada seseorag, Yang melabuhkan cintanya pada Mu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai MU...  


Ya Rahim, Jika aq merindui seseorang, Rindukanlah aq pada seseorang yg merindu syahid di jalan Mu...


Ya Aziz, Jika aq menikmati cinta hamba Mu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan betapa indahnya beribadat kepada Mu... 


Ya Rabbana, Jika aq bersedih kerna seseorg menjauhiku, Kuatkanlah hati dan keimananku, Agar aq tidak jatuh dr kasih sayang Mu... 


                        Amin Ya Rabbal Alamin...........

Wednesday, 2 May 2012

ADA APA DENGAN CINTA !!!!



Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

05022012


ku bermohon kepadaMU..Ya Allah…Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah, Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku...
Amin.....

Friday, 13 April 2012

120412



AMUKAN POCONG!! Baru je lepas tengok derama  tb 3. Seram giler. Cerita paling faberat, cerita hantu. Takot, takot jugak tapi nak tengok jugak. Yang penting mesti ada peneman setia dari mula sampai habis…kat tangan mesti ada sebijik bantal..lau muncul jerrr boleh tutup gan bantal. Lau tengok sorang meme rr tak..tkot nokk.. babab minggu neh pemangsa dia adalah izara aisyahhh..cun giler seyyy..wah pon nak macam lu jugak..hahah..muke dia pon ada iras iras dengan awek member fy..kiteorang pon penah hangout dulu kt PTPL.

Bercerita pasal hantu, hari sabtu lepas gan ayeh nak tengok cerita hantu kt mall baru..nak merasalah pawagam mall baru..cewah! first time nk tengok kat mall baru..mule mule ingatkan nak tengok cerita hantu dark flight sebab aritu terdengar dalam kereta pasal filem terbaru daripadA Thailand. Last last cerita melayu yang seat tak penuh..aduh benci betol lau tengok wayang tengok cerita melayu.  Yealh aleh aleh keluar jugak kt astro..kt youtube..

Finally tengok jelah cerita 3 temujanji. Pier, yana dengan Diana amir.. wah belom menyempat lagi masuk dah nak popcorn….giler sangat sangat makan popcorn..sebab sedapnyaaaa..hahahhagahgah
Start pukul 10.30 sampai lah kol 12. Lepas habis terus pecut balik rumah.. yealah nak kene marah ke balik tengah tengah malam.. sebelum keluar lgi dah tidak dibenarkan menonton wayang.. tapi almaklumlah lebo neh anak yang degil tak dengar jugak..hahahah..

Okehlah habis dah cerita amukan pocong dengan movie time minggu lepas..tak de kene mengena pon..hahahha..nak update blog neh bukan main lagi payah.. line tenet bapak lah slow..kadang kadang nk bukak pon langsung tarak boleh oooo…bayar mahal2..atoyaiiii

Okeh uolls see yeahhhh next time..jyeahhhh (bajek aku ramai follower) feling retiss sanggat lettew..

RAINBOW









HIDUP IBARAT SEPERTI PELANGI
KERANA MUNGKIN HARI INI KITA DALAM KESUSAHAN, KESEDIHAN DAN KEHAMPAAN
TAPI MUNGKIN HARI ECOK KITA AKAN DALAM KEGEMBIRAAN
          UMPAMA PELANGI YANG HADIR SELEPAS HUJAN

Thursday, 12 April 2012

ENDLESS LOVE

 THE BEST MADE FOR ME, TRUE LOVE, TRUE FREND AND LOVE LIKE TRUE SIBLING
THANK FAFAR,PUTI,FALLIEY AND ALIYA

FALLIEY MALEK THE DIVA TERLALU PANJANG FROM US
SI FAFAR BLUE SCARF (GIGI BESI) BAPAK KUAT GELAK
RAJA ALIYA (DIVA DRAMA)
EH PUTRI TAK DA #kesian

EH EH EH! CEPATNYA KEPALE SAYA BERJALAN..AUMM CAK AUMM CAK

NEH LAH KELAS C ! TAK DE KEJE LAEN LAU LECT MASUK LAMBAT..SEMUA CITA CITA NAK JADI MODEL PART TIMER KOWT..BAHAAHAH




THE BEST UITM LIFE..CREATE MEMORIE & LOVE

RAHSIA POTONG KUKU



RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

p/s
Kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.

Monday, 9 April 2012

TAK SEMUDAH ABC


Betulkah dari mata turun ke hati? SEMUDAH itukah kamu jatuh hati? Bukan apa, cuma saya TIDAK FAHAM bagaimana itu boleh terjadi..  Sekali lihat, terus suka… BIMBANG, setiap yang singgah di mata akan menyentuh HATI kamu juga....tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA.. tidak mengunkap JANJI, tidak bermadah CINTA.. cukuplah kata mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran.. cukuplah saya tahu awak punya AGAMA dan IMAN.. HATI kita ALLAH yang punya, hati kita ALLAH yang jaga.. BERDOALAH, kerana itu SENJATA kita.. andai TAKDIR hidup bersama, pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..


DEAR BAKAL SUAMI KU
".....bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya.....".



WITHOUT ALLAH I'AM NOTHING

BERCERITA TENTANG SAHABAT





Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
Kerana dia jugak seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya..........
Dia tak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik ketenangannya mungkin
Tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu……….. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin  kita akan tahu

Sunday, 8 April 2012

WAHAI GADIS






Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik: "saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook/tagg(laman sosial).." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya.. Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ.. 

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..♥♥ :: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA

 Manusia seperti sebuah BUKU.... Cover depan adalah tarikh lahir.... Cover belakng adalah tarikh kematian.... Tiap lembar adalah tiap hari dalam hidup kita apa yg kita lakukan... Sekali tertulis tidak akan boleh di'EDIT' lagi..Tapi sebur...uk apapun halaman sebelumnya.Selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih,baru & tiada cacat celahnya.Begitulah juga dengan hidup kita.... Seburuk apapun dahulu.... ALLAH selalu menyediakn hari yg baru untuk kita..... Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari..... Semoga esok masih ada untuk kita semua....^_^

"Kalau kita SAYANGKAN seseorang itu,LEPASKAN dia pergi, jangan kita halang dia...Andai sudah TERSURAT dia milik kita, suatu msa nanti dia pasti KEMBALI kepada kita walau SEHEBAT manapun pengganti yang dia JUMPA dan andai kita SAYANGKAN sesuatu benda itu, JANGANLAH kita genggam ia terlampau KUAT, bimbang ianya PECAH didalam genggaman kita SENDIRI...:')

p/s Ramai manusia bersedih panjang apabila putus cinta. Kerana mereka lupa rahmat Allah itu luas. Kerana mereka lupa Allah tidak menzalimi hambaNya. Kerana mereka tidak sedar itu adalah terbaik buat dirinya. Kerana hati mereka rapuh disebabkan imannya rapuh. Sedih itu sebahagian jiwa manusia. Tapi bersedih panjang itu salah. Kerana kita mempunyai Allah. Tempat sebaik-sebaik memohon dan mengadu
Kita nampak bulan..tapi sebenarnya bulan itu sangat jauh. Kita tak nampak ALLAH. Tapi ALLAH itu tersangatlah dekat dgn kita

Pesanan untuk diri sendiri jugak