berguguran
Saturday, 19 May 2012
180512
Minggu shift malam
mood gumbira bagaiii sebab malam kereta tak banyakkkkk
masalah pon tak banyakkkk, serabut pon tak banyakkk
weekend ofcourse lah lagi banyak kenderaaan keluar masukkk
pernah tak korang terfikir yang perompak dengan tiba-tibanyaaa nak datang ke tempat korang bekerjaaa
itu giler namaa nyaaa..suspennn! ingat kan just kene main-main..rupanyaaa betol.
tak duduk diam buntut..resah giler..benda yang kita tak pernah nak expect pon..tiba jerr boleh terjadi dengan kitaaa...
Dalam pukul 1 pagi. Tiba-tiba dapat intercom number flat, kereta waja warna coklet..setiap kali kereta lalu jewww mesti suspen..berdebar-debar pulak...kereta poliss. peronda jangan cerita lahhh kan..bersimpang siur lalu.. Yang menyuruk kat longkang pon ada..menyuruk sebalik pagar pon ada...Yang lebo neh lagi lah gemurrrh jiwaa... Kenapaaa lah time neh lahhh kau nak merompakkk...kenapa lah tak time orang laen..
Suspek perompak masuk dari karak..dijangkaaa lalu ke temerloh..tu yang kene bersiap sedia.takot jugak pertempuran berlaku..nak menyuruk celah mana pulak mokcik neh...mentang-mentang lah kecik annn..diorang pikir senang je nak menyurukkk...sempat lah pulak nak menyuruk lah betol betol belaku...
Dalam sejam pastuh keadaan dah kembali redaaaa...tak serabut dah macam tadi, tak takot dah macam tadi.
Suspek pon dah kene tangkap kt Jabur..naseb tak kat Temerloh..cissss! tapi alhamdulilahhhh! syukurrrr sangat-sangatttt...tembak menembak pulak kt Jabur tuh..tapi suspek ada jugak keluar masuk di Chenor..berapa kilometer jer gan Temerloh. Cerita selanjutnyaa tak dapat diketahuiiiii lagi..cewahhhh bajet macam dalam drama jerrrr..tapi ini betol betol terjadi...Experience yang orang laen tak akan dapaat..dan ini akan menjadi cerita menarik sayaaa pada masa akan datanggg...kenangan, perasaaan dan suasaaana menjadikan pengalaman lebo bermaknaaa..Selagi bermain dengan duit..selagi tu lah risiko dye tinggi..
Disebabkan terlalu excitedd sangat takot..sampaiii mengantokk gilerr nak shift malam..rase nak maraaa jeww sapa yang datang lambat kerjaaa..oh mentang lah lebo neh orang baru..nak membuli bagaiiii kan..dah banyak kali dah keneeee....lambat kau masuk, lambat lah akuh balikkkkk derrr! apa lagi claim OT arhhh...kau ingat aku nak duduk bertapaa lama lama...ada life sendiri jugakkkkkk...
memang tak arhhh balik lambat balik jugakkk...tension gilerrrrrrrr!
P/s just respect orang laennn..orang laennn akan respect kau jugakkkk...
Kau Tak Sesempurna Jugak
siapalah kita nak judge orang
padahal kita sendiri tak betol jugak
siapalah kita nak bercerita tentang orang
macam lah kita neh lebih bagus,
tengok apa yang kita bercerita tuh memakan diri kita semula
kau membenci orang free hair, tengok kau dah mule mengikot2 umpama
PARASIT..yang tak tahan nyaaa berkawan dengann orang neh, berfesyen pon macam orang neh tuh
jugak. Tudung nak sama, baju kotak kotak nak sama, beg nak sama..kuku pon nak inai yang sama
cewah bila kawan nak yang sama taraf pulak..sayanggg kawan kau tu jugak lah yang tinggal kan kau
terkontang kanting sorang.. Tak pernah ada pendirian kerrr?
bertukar-tukar kawan..tiada yang kekal.
Tak pernah ke! kau rase kenapa orang tak nak kawan dengan kau
Kenapa orang benci kau?
Kenapa orang sering tersingung dengan kata kata kau
Kau tau tak yang kau tu bersikap BOsssing
Perlu kerrr semua orang dengar cakap kau
siapalah kita nak nak membenci orang
macam lah semua orang suka kita
siapalah kita nak membanding-bandingkan diri
macam lah kita neh perfect sangat
siapalah kita nak bermegah-megah dengan kekayaan family
padahal family kau takda duet jugak disebabkan itu jugak kau
ditipu oleh buayaaa..belagak kayaaa dengan harta mak bapakk yang tak seberapa
nak tujuk tujuk awak tu kaya..kan dah kene! melayan sangat. Terjadi lah tragedi buaya
memakan duit andaaa.
Kau jangan lah bagi lelaki harapan yang mula-mula kau menganggap sebagai sahabat
bila lelaki suke kat kau..mula lah kau mencanang-canang memburuk-burukan dya
terus tak nak bersahabat...yang dulu kau sibuk bermegah-megah kehulur-kehilir dengan lelaki yang
dinamakan sahabat.
Marah di FACEBOK Maki di TWITTER Bercerita di BLOG
sebelom bercerita kita fikir fikir kan lah dulu..tak semua benda boleh kita lepas cakap jerrr...ramai orang disekeliling kita yang memerhati...jangan sampai mereka tersinggung walaupon bukan status tersebut untuk meraka...
Terjadi lah pulak masalah salah paham..berbalas status lah pulak...semata-mata tak puas hati.
siapalah kita nak mengagung-agungkan kecantikan diri
jangan perasaan lebih larhhhh..jelangkung kot! Tak semua orang sempurna beb!
kau pon ada kelemahannyaaaaa..jangan sampai penat terus mata julingggg
p/s: side view from me
BERMUJAHADAH
Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA..
p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA
untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin
perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita..
Wednesday, 16 May 2012
KATA MAAF
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang
diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka
emosi
Monday, 7 May 2012
Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah,
Jika aq jatuh hati, Izinkanlah aq menyentuh hati seseorag, Yangg hatinya bertaut pada MU, Agar aq tidak terjatuh kedalam jurang cinta nafsu...
Ya Rahman, Jika aq jatuh cinta, Cintakanlah aq pada seseorag, Yang melabuhkan cintanya pada Mu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai MU...
Ya Rahim, Jika aq merindui seseorang, Rindukanlah aq pada seseorang yg merindu syahid di jalan Mu...
Ya Aziz, Jika aq menikmati cinta hamba Mu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan betapa indahnya beribadat kepada Mu...
Ya Rabbana, Jika aq bersedih kerna seseorg menjauhiku, Kuatkanlah hati dan keimananku, Agar aq tidak jatuh dr kasih sayang Mu...
Amin Ya Rabbal Alamin...........
Wednesday, 2 May 2012
ADA APA DENGAN CINTA !!!!
Apa Itu Cinta?
Cinta
itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu
penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam
memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis
nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai
kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat
bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai
dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin
hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah
suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa
yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh
cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa
yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan
gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai
orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap
hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana
yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.
Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah
sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang
kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
05022012
ku bermohon kepadaMU..Ya Allah…Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah, Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku...
Amin.....
Subscribe to:
Comments (Atom)





